11 December 2009

Mini Cheese Cake - 6 pcs per box

Coklat Strawberry, Strawberry,Durian and Blueberry Mini Cheesecake

Salam,
Dah lama gak tak update blog ni, kerana ke'bz'an melampau dan bebanan tugas di opis.Tapi sy tetap ada masa untuk melakukan perkara yang saya gemar.........bake cheesecake and cheesetart.

Mini Cheesecake dengan perisa baru.......
1. Durian
2.Coklat Strawberry

Tapi.........untuk kedua2 perisa ini, harganya untuk 1 set = 6 biji ialah RM36. Tidak boleh campur perisa lain, maksudnya kalo nak Perisa Durian tu kena beli 1 set dengan 6 biji dalam 1 kotak. Sbb harga durian dan strawberry agak mahal. Harap maklum.

p/s: Cuba dulu! pasti order lagi!....012-9315062

06 November 2009

Hantaran Pertunangan


Set Hantaran Coklat Stawberry bertema Maroon Silver
RM40


Malam tadi siapkan kotak hantaran ni. Now i know, i also creative like my mother..heheh mak leh pencen aar wat hantaran ek.Selalunya mak watkan tp this time, my full touch -simple je la.Sampai kol 1 pg baru tido. Pagi ni bangun jam 5 wat tat. I serve fresh tart to all my customer. Just tell me what time to pick up.

p/s: berminat utk buat hantaran kahwin/tunang/gift? just give me a call!

03 November 2009

Ice Cream Cake

Ais krim kek Coklat Strawberry

Sabtu aritu harijadi my bro, so saje wat kan kek ais krim coklat strawberry. hehe..tu la hasilnya.Actually, i topping with the cream tp tak sempat snap.Sekejap je abis kek ni.Next time wat cantik2 k. Ni kek saje2 nak makan and try

My New Job - All Asia Talk Trainer

Me and my student

Early October, saya mula kerja as trainer at AllAsiaTalk. As trainer untuk program Train n Place. Program ni khas utk mereka yang tak bekerja+menganggur, VSS dsb. So sy mengajar CompTIA. Iaitu basic Computer berdasarkan silibus CompTIA.

So all my student above (ramai lagi patutnya) mmg sporting. mula2 nya malu2 dah 1 month lebih ni dorang dah MESRA je. Yang bestnyer ada 3 orang rockers dr kumpulan THISSUNDAY (3 orang yang duduk kat bawah tu). Pak Tam, Ali dan Wong. Good things about them is every kelas dorang datang awal and always pay attention ! and always sembahyang too.

In this picture: Adi (big boy) ,Zul (wearing glasses),Komathi (indian),Anis (beside me -EX-CHEF),Lim Kok Wing student (2 girls beside me too) and Epul (peace)

My customer blogs


From The Soul Mate blog



Hari ni asik googling je, tetiba nak google pasal kek. heheh so terbaca lak my customer nyer blog. so i paste here ok.

p/s: kalo owner of blog tengok...tq for your support!

26 October 2009

MAKLUMAT

Salam semua,

Lately ramai yang call tp sy tak dpt nak answer phone. Saya kini bekerja sepenuh masa sebagai trainer jadi, 9-5pm not available to talk.tengah mengajar. So jangan marah ye.
Kalo bole, sms sy,Insya-Allah after office hour sy akan reply.

Sekian.

25 October 2009

My Son Birthday...Khairin on 30 Sept 09

ramai2 nyanyi!

dah siap dah! dgn cupcake sekali
topping process

Sempena harijadi anak lelaki ku, aku berhajat to bake my son besday cake and cupcake.Tunjuk bakat dalam wat kek and cupcake.jadi la tp tak cun.khekeh..janji sodap.ini lah hasilnya. ada yg kate cam Secret Recipe?huh beza tuh..

Mix Tart n Fruitart

Hepi Besday Danial 7




21 October 2009

Set Hantaran - Big Cheesetart

Ha ni dah wat lama dah sebelum bersalin, tp baru arini sempat nak upload, so cuci mata la. Pada yang berminat nak tempah, bole saje. Harga bole runding!!!

Coklat Strawberry Pie

Strawberry Pie

Coklat Strawberry Pie @ RM30

Cheese Ball @ Bebola Cheese

Cheese Ball Set @ RM40 (12 biji)

So yummy!
Cheese Ball with Almond Nib and Chocolate Rice


Hai! dah lama tak update blog ni.Actually banyak order dah buat tp tak sempat nak upload since anak kecil ada and maid pulak takde.So sume kena wat sendiri and jadual amat la tunggang langgang.

So utk produk baru kali ni CHEESE BALL @ BEBOLA CHEESE. Di salut chocholate rice dan almond nib!.Buat masa ni 2 jenis je la ye.

Ok kepada yang berminat kena beli 1 set la and booking awal sbb sy takut tak sempat buat daa...

20 October 2009

Mini Mix Cheesetart -Pek Kecil


Mini Mix Cheesetart - Pek Kecil (Paling laris!!!!)

Hai, Puasa dan raya sudah berakhir...hari-hari biasa sibuk menjaga anak kecil dan sekarang saya bekerja pula. Jd masa untuk membuat cheesetart pada tgh malam, waktu anak2 dah tido atau pon kalo dah ada order, balik keje terus wat cheesetart. Begitu sibuk tp Alhamdulillah masih ada masa buat cheesetart ni.

Nak kata baru tak juga, tp Pek Kecil ni dah lama saya jual, so far jualan nya tak mengecewakan. Terbaru customer dari Texas, wow tak menang tangan order dari Texas...pek kecil saya jual pada harga RM3.20. Tp sape2 yg berminat nak jual di opis sendiri, sy tolak pada harga RM2.70. Wow!!! bestnyer.So sesape berminat, nak jual di opis..bole hubungi sy.No delivery to office kena pick up ya.

31 July 2009

Coklat Strawberry Cheesetart

Chocholate Strawberry Cheesetart 1 box

Chocholate Cheesetart with Fresh Strawberry

Adik beli strawberry kat Cameron Highlands. So sweet, then aku terpikir nak wat coklat cheesetart dgn strawberry. Dengan berbekalkan bahan2 yang ada kat rumah ni, aku pon start la membancuh cheese dgn coklat. heeheh...tu la hasilnya. Aku wat dalam 30 biji, 10 biji habis sekelip mata.Sekotak anak aku soh simpan sbb dia nak kasi cikgu tadika dgn kawan2 dia kat sekolah. huh kecik2 dah pandai nak bodek cikgu.

Ni MEDIUM size tart. So besar ckit dari mini mix cheesetart yang aku selalu buat. Saiz ni same besar cam egg tart.

p/s: berminat nak order?

26 July 2009

Persiapan untuk tempahan 300 biji

Riben tema Hitam Putih

Riben, Sarung, Bekas Cheesetart

Walaupun tgh pantang bersalin, saya tak leh pantang dari buat kerja.Haha..ni tgh dok wat persiapan utk 300 biji cheesetart.Tema tuan ni ialah hitam putih. So cheesetart yang di pesan ialah Blueberry je. Tima Kasih pada Julie yang sudi order dari saya setelah merasanya masa kahwin Intan aritu.

Dah beberapa hari saya wat cheesetart walaupon tgh pantang. Tak sanggup lak saya menolak lagipon boring juga tak wat apa2 ni.


Sample Biskut

Biskut Almond Roccher dah ada stok!

Sample 2 biji RM1



21 July 2009

Biskut Paling Laris - ALMOND ROCCHER

Tat berinti badam disalut coklat di hiasi coklat putih.

Sebotol 47 biji, harga RM25

Dapatkan biskut raya paling laris jualannya setiap tahun. Almond Roccher! tak rugi mencuba tak rugi membelinya. Biskut yang mendapat tempahan berulang-ulang kali. Tempah segera untuk dimakan sebelum raya dan semasa raya nanti. Mengikut pengalaman, ramai yg order utk makan sebelum raya sbb teramat sedap! Jadi order lebih utk RAYA nanti!.

p/s: Ada yang minat nak jual di ofis? Komisyen menanti! Call sy 019-774 6221

07 July 2009

Memerlukan Peniaga Bazar Ramadhan kawasan AU2, Setiawangsa, Wangsa Maju, Melawati, Setapak

Mini mix Cheesetart for Sale at Bazar Ramadhan

Saya memerlukan peniaga Bazar Ramadhan yang berminat untuk memasarkan MINI MIX CHEESETART saya. Bagi yang berminat sila hubungi saya di talian 019-774 6221.

Mini Mix Cheesetart ini adalah antara produk saya paling laris kerana rasa dan harga yang murah. Selain deko yang menarik perhatian pembeli.

Saya memerlukan peniaga sekitar kawasan berdekatan kediaman saya supaya proses penghantaran mudah dan cepat.

04 July 2009

TELEFON ku HILANG!!!!

Serious Attention Please !!!!

Barang paling penting saya HILANG!!! Handphone kesayangan saya hilang di rumah sendiri!.
SEDIH sangat nih, sbb nombor tu la orang dok contact nak order cheesetart. Saya amat yakin phone saya ada dirumah tp disorok ntah ke mana. Ni kerja anak2 saya la ni. Dorang ni suka sorok barang tp tak ingat mana dorang letak. He he, sy yang letak sepah2..hu hu pasni kena gantung handphone kat leher la.

So pada sape2 yang nak order please call nombor ni buat sementara waktu
IZZAH 019.774.6221


Our New Family Member


Ainul Kamila bt Ardi Putra
23 June 2009 - 8.12pm
3.61kg


Alhamdulillah, syukur saya selamat melahirkan anak ke 3. Seorang bayi perempuan yang cukup comel dan sihat. So bertambah la seorang lagi anak perempuan saya. Selang bunga orang kata. Yang sulung anak perempuan, yang kedua anak lelaki dan yang ketiga anak perempuan. Mak saya kata, lepas ni dpt anak lelaki pulak. Aduh, terrornya mak saya tilik, heheh petua orang tua tgk belahan kat peha anak yg baru lahir tu.Kalo satu belah je anak lelaki, kalo 2 belah anak pompuan. So far betul la tu.

Skang hari ke 11 sy menjalani pantang di rumah mak, rasa dah sihat sikit setelah berurut, bertungku, berbarut.Rasanya jahitan pon dah sembuh ckit.So tak lama lagi, sy pon nak start wat cheesetart (mak kasi kebenaran) khekehekh - boring la tak wat keje ni lama2.Income pon tak de hu hu hu.

Kamila (Yang Sempurna), senang di jaga. Bangun - susu - tido. Senangkan? Masa mengandungkan dia pon sy sangat cergas, pi sana sini, tak sakit belakang, tak kena kejang yg teruk, alahan pon sekejap je. Alhamdulillah, cuma masa nak bersalin je tempoh sakit yg sangat panjang.Sakit bersalin mula pada 22 Jun jam 3 petang tp sy bersalin esoknya 23 Jun jam 8.12 malam. Kalo orang pompuan, mmg faham la sakitnya macam mana.

So itulah cerita sy pasal bersalin kali ni. So tak lama lagi sy akan mula beroperasi.TUNGGU ye!!!

P/S: On hari sy nak bersalin ada org call sy nak wat tempahan cistat-kelakar pon ada sbb dia tak tahu sy nak bersalin, sedih sbb tak dpt nak wat kan.tp thanks a lot pada yg sudi order

14 June 2009

Menunggu Masa...19 June


Ainnur Bahiyah lahir 9 November 2004


Muhammad Khairin Haikal lahir 30 Sept 2006

Ramai tak tahu, sy sedang menunggu hari utk melahirkan bayi ke 3 saya. Insya-Allah 19 June tp doktor kata anytime from now on. Tp tarikh sebagai panduan je, Allah jua yang menentukan kelahirannya. Sy sebagai ibu menanti2 kelahiran ini. Saya rasa mengandung adalah satu keistimewaan yang Allah kurniakan kepada setiap wanita. Rugi rasanya kalo seorang wanita itu menolak untuk mengandung. Saya amat2 menyukai diri saya pabila mengandung. Tu sbb baby tak nak kuar awal kot.

Saya berterima kasih kepada anda yang ingin menempah cheesetart tp saya terpaksa menolak takut tak terbuat.Kiranya buat masa ni sy tutup sementara bisnes ini, utk memberi laluan masa berpantang. Sy akan beroperasi sekitar awal Ogos. Mudah-mudahan.

Doa kan saya selamat bersalin ye! Thanks

05 June 2009

Set Hantaran Cheesetart dan Fruitart



Set Hantaran

This is totally a challenge for me. Tp best jugak. Thank to my x-schoolmate yg percaya akan produk sy. My friend request utk jadikan hantaran for my cheesetart.So i suggest using this box dan hiasannya. So she agree. Today, i made it and tonight her majlis akad nikah. Well, Kiah selamat pengantin baru dan maaf tak dpt menghadirkan diri kerana keadaan ku yg sarat and anytime boleh bersalin...huhu..hope u like it.

p/s: Harga set masih samar2 heheeheh

02 June 2009

Anak yang Soleh


Baru nak mula sembahyang ni.Adik jadi Imam, tp tak tau baca apa.
Tp sembahyang satu rakaat je.Pastu kata dah sudah. Adoi!

Ada satu hari, otw hantar bahiyah ke Tadika, she asked one question "Ibu ,Allah tu apa?"...I'm shocked, ye lah tetiba je dia tanya, mesti dia pernah dengar somewhere. So aku pon menjelaskan siapa Allah, bagaimana Allah menjadikan manusia dan wujudnya Syurga dan Neraka. Ok, dia dengar dan faham.

Malam pulak, dia tanya " Ibu Syurga tu macam mana?"...ok, aku jawap Syurga tu tempat orang yang solat, mengaji, belajar dan orang yg baik mcm mendengar kata ibu bapa dan Neraka tempat orang di bakar sbb tak solat, tak mengaji dan orang yg jahat. Terus dia meraung...huhu terkejut gue. Apsal lak dia nangis, "Dia cakap, dia tak dengar cakap ibu"....huhu terharu aku dengar. Budak sekecil dia pandai imagine dan takut Neraka.

Puas pujuk dia, cakap dia anak yang baik, takkan masuk neraka sbb Ibu dah maafkan kesalahan dia.

Semoga anak2 ku menjadi hamba Allah yang soleh dan tetap pendirian di dalam agama Islam.


29 May 2009

Anak Make Up Ibu


Hasil solekan Bahiyah

Today kat Tadika Bahiyah ada sambutan Hari Ibu dan Anak, then ada satu aktiviti Anak Make Up Ibu. FYI, si Bahiyah ni tak nak balik KL.Nak dok kat Melaka. Then aku bagitau dia ada program Make Up Ibu, terus dia nak balik KL. Kat kampung pulak, mertua aku kata dia cari kunci keta, kunci motor nak balik KL sbb nak Make Up aku. kelakar tul anak aku ni.

Pastu Selasa aritu mertua aku anto dia balik KL, so Rabu malam aku pinjam make up adik aku sbb aku ni guna bedak dgn lipstik je. So malam Rabu tu jugak dia training dgn adik aku cara2 make up. Aku dengan mak jadi mangsa la. hahah. tp dia cekap jugak la make up.

Ada 12 peserta termasuk sorang budak laki ni nak make up mak dia.heehe...belasah je la. anak aku dgn coolnyer, solek aku.tu la hasilnya.

Semua peserta dpt hadiah, ala kang kalo sorang dpt yg lain tak dpt kan sedih.lagipon utk seronok2 je.

26 May 2009

Hati Seorang Ibu


Khairin & Bahiyah

Last week mak anto dua2 budak ni balik kampung, plan nyer hanya balik hari.tp tak sangka pulak adik2 ipar aku simpan dorang sampai seminggu.so merana la hati ku selama seminggu.kalo dorang ader asyik kena marah, ye la peringkat dorang ni mmg lasak. nak pulak aku tgh pegnen,mmg haru time dorang ni tak dengar kata. tp bila takde rindunya.

tp sib baik la teknologi skang canggih kan.dpt la aku ber'conference' dgn dorang kat kampung. lepas la rindu ku selama ini. dorang pulak cam tak kisah je aku takde, happy je.Bahiyah tu ponteng tadika seminggu.huhu..sib baik la nenek sedara tu cikgu dia kat tadika..kalo tak jenuh aku nak menjawab.

Arini, both kids balik KL, mertua aku anto.akan bermula la kepenatan melayan kerenah dua beradik yg tak leh berpisah nih. tp hatiku senang!!!

23 May 2009

Spell Message Cheesetart


Special Request

Customer satisfaction is my priority!...another request nak message atas cheesetart pulak. Anything can lah! 49pcs cheesetart = 1 box. Mesej Happy Birthday Mama!...request from my old friend from UUM dulu.

Terima kasih Sherry kerana memberi cabaran ini, heeheh....hope your mum will like it!

22 May 2009

Spell Message Cheesecake


Special Request

Arini terima order, nak mini cheesecake yang boleh tulis message. Aduh, first time ada request camni.tapi i terima dengan rela. Ku sahut cabaran!..ala bukan apa la sangat, sbb atas cupcake pon boleh buat inikan pula atas cheesecake. So customer ni order mini cheesecake oreo dan mesej nya You're 27! ....

From the feedback, she loves it so much.Thank you!!!! Hati ku senang .lalalala.....

16 May 2009

Kek Durian Lagi!!!



Kek Durian edisi special request

Al-kisahnya, ku menjaja kewujudan blog ni pada rakan2.Thanks for all the support, ada satu tulisan saya tulis pasal kek durian yang menjadi kegemaran ku. The only cake yang saya belajar ialah buat kek durian..hahaah...kek ni saya belajar secara eksklusif dengan moksu saya. Sebab teramat suka benor dgn rasa kek ni, so moksu saya pon malas nak wat kan untuk saya, so saya belajar dengan dia.

Untungnya belajar ni, bila rasa nak makan je...terus la cari bahan dan buat sendiri.Nak beli kat Secret Recipe tu mahal benor, pastu beli 1 slice je mana cukup, nak makan bukan untuk sendiri je, kena wat untuk 1 big family.

So one of my friend ni, katanya mengidam nak makan kek durian saya setelah membaca blog saya. Hehe sebulan yang lepas dia mintak baru arini saya buatkan, sorry ye my friend dok tangguhkan request you. Maklumlah produk yang satu ni banyak kerjanya pertama nak cari duriannya, la ni bukan musimnya jadi beli la yang paket tu 3peket RM10. 1 kilo =RM10, amboi mahal betul!

So setelah lama bertangguh, saya pon nak makan gak...heheh jadi ku buat 2 biji terus. Satu untuk si dia dan satu untuk saya.Satu benda yang paling saya takut nak wat kek ni ialah men'dekorasi' . Sbb tak belajar secara profesional jadi main belasah je. Tapi sbb dah banyak kali buat, maka tangan tu dah lembut sikit kot. This time my decoration almost perfect.hehehe

This is sms from my friend:

"Salam Izzah, busy ke? Kek awk sedap sgt!Anak & hubby sy pun suka..Thanks..Nnt awk decide la brp harga,peh awk bersalin nak tempah lg.hehe.."

p/s: Harga jual tak dapat nak decide heheh sebab first time jual kek! Takat cover cost je.Ada yg nak try lagi ke???

15 May 2009

Mesej dari CheesePassionate

Salam semua,

Terima Kasih tak terhingga kepada customer yg memberi sokongan dan tempahan2 yang tak putus2. Alhamdulillah, rezeki anak mungkin.

Izzah tidak dapat mengemaskini blog ini atas sebab sibuk dgn urusan kerja part time, anak dan bisnes cheese ini. Tapi izzah masih lagi menerima tempahan sehingga awal June.

Izzah dijangka bersalin pada 19 June (tp selalunya terlajak seminggu), jadi June mungkin sy akan menutup bisnes sementara dan kembali beroperasi sekitar Julai.

Buat masa ini, tempahan untuk bulan Mei - Ogos sudah ada. Insya-Allah izzah masih lagi mampu membuat cheesetart.

Sy harap anda dpt hubungi sy melalui sms atau direct phone @ 012-9315062. sbb notebook sy sedang di format.Tq to all of you.

28 April 2009

Mini Cheesecake 6 boxes per set


Mini Cheesecakes (mix flavor)


Lagi order untuk mini cheesecake. This time aku guna bekas aluminium. Sama besar dan same size macam sebelum ni, cuma kali ni aku guna kan bekas aluminium pakai buang. orang nak makan pon senang. Nak bawak pon mudah ckit. Berbanding sebelum ni, aku rasa pakai cup biasa tak selesa untuk customer.

Harga Sebiji:
RM5.00 sebiji


Harga Set
RM30 untuk 6 biji.

Perisa: Oreo, Blueberry, Apple, Cherry, Strawberry (without fruit)...more to add! maybe durian, marble ...etc

25 April 2009

My kids Breakfast

Chicken slices with tuna pizza
Bahiyah tanya "Ibu, ibu pandai tak buat pizza?"...hmm dekat seminggu la dia ulang soklan yg sama. Bukan aku tak nak bwk pi pizza hut tu, tp bila aku order je aku kena asingkan segala bawang dan benda2 yang di tak suka. Cam rugi la. So hari ni, utk sarapan pagi dia, aku watkan pizza.Senang je, base dia aku beli je.Kalo buat sendiri aku kena uli tepung.Leceh aar, semua bahan beli saje. Pastu susun chicken slices pastu tabur mozarella cheese.Pastu bakar dalam oven.20 minit siap!

Pastu dia bangun dia tengok pizza je, dia kata "Ibu wat pizza? Hebatnya ibu!"..pastu dia hadiahkan ciuman ke pipi ku....rasanya itu lah yang amat mengembirakan aku hari ni!