28 April 2009

Mini Cheesecake 6 boxes per set


Mini Cheesecakes (mix flavor)


Lagi order untuk mini cheesecake. This time aku guna bekas aluminium. Sama besar dan same size macam sebelum ni, cuma kali ni aku guna kan bekas aluminium pakai buang. orang nak makan pon senang. Nak bawak pon mudah ckit. Berbanding sebelum ni, aku rasa pakai cup biasa tak selesa untuk customer.

Harga Sebiji:
RM5.00 sebiji


Harga Set
RM30 untuk 6 biji.

Perisa: Oreo, Blueberry, Apple, Cherry, Strawberry (without fruit)...more to add! maybe durian, marble ...etc

25 April 2009

My kids Breakfast

Chicken slices with tuna pizza
Bahiyah tanya "Ibu, ibu pandai tak buat pizza?"...hmm dekat seminggu la dia ulang soklan yg sama. Bukan aku tak nak bwk pi pizza hut tu, tp bila aku order je aku kena asingkan segala bawang dan benda2 yang di tak suka. Cam rugi la. So hari ni, utk sarapan pagi dia, aku watkan pizza.Senang je, base dia aku beli je.Kalo buat sendiri aku kena uli tepung.Leceh aar, semua bahan beli saje. Pastu susun chicken slices pastu tabur mozarella cheese.Pastu bakar dalam oven.20 minit siap!

Pastu dia bangun dia tengok pizza je, dia kata "Ibu wat pizza? Hebatnya ibu!"..pastu dia hadiahkan ciuman ke pipi ku....rasanya itu lah yang amat mengembirakan aku hari ni!

24 April 2009

Projek pertama! Wedding Gifts

Big Fruitart
Big Cheesetart


Sebulan yang lepas, aku terima tempahan untuk membuat cenderahati utk majlis perkahwinan. Pertama kali aku terima tempahan cheesetart untuk majlis perkahwinan, sbb selalunya orang lebih prefer kepada bahulu, muffin, but this time, this request is different. Tp aku amat la berterima kasih kepada Pn Khairani kerana menjadi orang pertama membuat tempahan dari aku. Pertama kali juga lah aku jadi kelam kabut sbb tak tahu camne nak present sbb tak pernah buat lagi.

Jadi hari ni aku memulakan operasi sebaik pulang dari PJ lepas mengajar. Operasi setat at 6pm. Mak aku dah siapkan dapur (kemaskan la), cheese pon dah lembut, bibik aku bwk anak pi main kat depan umah (kalo tak mmg operasi aku akan terganggu).

Untuk big size cheesetart pelbagai perisa (blueberry,strawberry, kiwi, mangga, lemon, oren) kena wat sebanyak 150biji. Siap jam 9malam.

Untuk big size fruitart,kena wat sebanyak 150biji juga. aku guna buah peach, korean strawberry and seedless grapes. Beli kat Jaya Jusco AU2 je. Sbbnya aku dah survey, even korean strawberry ni mahal tp buahnya ada shape yg cantik dan segar. Tp tak bermakna aku pinggirkan strawberry cameron highlands, kalo aku nak makan aku beli je cameron highland strawberry.But untuk kepuasan aku dan customer, aku mesti guna barang berkualiti. Untuk membuat fruitart ni, mak aku la tukang susun atas tart tu, sbb bila aku susun je dia kata tak cantik. Adoi ai, tp ok la tu. Bibik pulak tolong packing dgn lekat sticker. Heheh semua orang kena tolong!

Operasi tamat 1 pagi. Huhu semua keletihan.Tp amat puas hati. Aku berharap customer pon puas hati. Tahniah buat pasangan Intan dan Iswandy yang selamat bernikah pada 24 April di Dewan Perdana Felda.

22 April 2009

Egg Tart atau Tat Telur

Egg Tart or Tat Telur

Hari ni katering order 40biji tat telur. Hm selalunya kaum cina yang gemar tat telur ni. Jadi tanpa banyak songeh aku pon setat operasi jam 8 malam. Oleh kerana banyaknya gangguan dari anak aku, jadi operasi tamat kol 12 malam. Huhu...anak mesti di utamakan juga.

Untuk harga tart telur ni RM1.30 sebiji yer. Saiz diameternya 5cm.Untuk sebarang pesanan do call me ya!

12 April 2009

Pesanan Dari Katering

Pek kecik 16 biji sekotak je
Hari ni aku mempromote cheesetart ku kepada pihak katering berdekatan rumah. Alhamdulillah, on that day je aku terus terima tempahan dari pihak katering tu 120 biji. Itu pon dah cukup mengembirakan aku. Dan selepas itu, bole kata setiap minggu ada order dari pihak katering.Terima Kasih kepada pihak katering tersebut yg terus menempah dari saya. Thanks for your support.

09 April 2009

My fondant cake

kek 5 tingkat sempena majlis perkahwinan sepupuku pada february yang lalu
kek fondant bertema hitam dan putih
Hari Selasa hari tu, tersangatlah free, takde kelas, takde tempahan dan takde benda nak buat, practice la wat fondant icing. Dah belajar dari tahun lepas tp tak practice2 lagi. Bulan february aritu tolong cikgu (moksu aku merangkap cikgu) wat wedding cake sepupuku. 5 tingkat ko, kol 1 pagi baru dpt tido.Itu pon sib baik di bantu oleh mak itam dan nadia (anak dia),maid moksu aku.hehe kalo tak, kol 3 pagi pon tak settle lagi.

Utk kek kahwin ni, aku lom mahir lagi.bila dah mahir, lom tentu aku nak ambil tempahan. penat woi. patut la org charge mahal utk sebiji kek fondant ni.bukan setakat bahan mentah nyer mahal, upah nya lagi mahal. adeh tak tahan menguli!

KURSUS PERCUMA! DAFTAR SEGERA!

PERHATIAN!!!
Bagi peminat PHP dan MySQL, pelajar, yang tidak bekerja, yang memerlukan pekerjaan, yang nak tingkatkan kemahiran, yang nak kemahiran baru, yang ingin memperbaiki kemahiran pengaturcaraan, yang ingin membina kareer sebagai programmer dan sebagainya. Sila daftar kursus di atas dengan kadar SEGERA!!!.

KURSUS PERCUMA !!
PELUANG PEKERJAAN LUAS!
TENAGA PENGAJAR BERPENGALAMAN!
PENYEDIA LATIHAN YANG MENDAPAT KELULUSAN MSC!

Untuk maklumat lanjut, http://www.allasiatalk.com

06 April 2009

Peluang Perniagaan untuk semua!


gambar hiasan bukan pek sebenar
Salam,

Hari ini saya ingin menawarkan peluang perniagaan kepada semua visitor blog ini. Bagi sesiapa yg berminat utk berniaga shj.

Saya telah menjual cheesetart pek kecik di pejabat2, hasil menunjukkan sjualan amat bagus, sebagai contoh, sepupu sy berjaya menjual lebih 100 pek kecik dalam sebulan. Sy juga telah menempatkan produk saya di kafeteria. Memang laris.

Jadi, bg sesiapa yg berminat, sila email, call, sms sy. Izzah 012-9315062