31 July 2009

Coklat Strawberry Cheesetart

Chocholate Strawberry Cheesetart 1 box

Chocholate Cheesetart with Fresh Strawberry

Adik beli strawberry kat Cameron Highlands. So sweet, then aku terpikir nak wat coklat cheesetart dgn strawberry. Dengan berbekalkan bahan2 yang ada kat rumah ni, aku pon start la membancuh cheese dgn coklat. heeheh...tu la hasilnya. Aku wat dalam 30 biji, 10 biji habis sekelip mata.Sekotak anak aku soh simpan sbb dia nak kasi cikgu tadika dgn kawan2 dia kat sekolah. huh kecik2 dah pandai nak bodek cikgu.

Ni MEDIUM size tart. So besar ckit dari mini mix cheesetart yang aku selalu buat. Saiz ni same besar cam egg tart.

p/s: berminat nak order?

26 July 2009

Persiapan untuk tempahan 300 biji

Riben tema Hitam Putih

Riben, Sarung, Bekas Cheesetart

Walaupun tgh pantang bersalin, saya tak leh pantang dari buat kerja.Haha..ni tgh dok wat persiapan utk 300 biji cheesetart.Tema tuan ni ialah hitam putih. So cheesetart yang di pesan ialah Blueberry je. Tima Kasih pada Julie yang sudi order dari saya setelah merasanya masa kahwin Intan aritu.

Dah beberapa hari saya wat cheesetart walaupon tgh pantang. Tak sanggup lak saya menolak lagipon boring juga tak wat apa2 ni.


Sample Biskut

Biskut Almond Roccher dah ada stok!

Sample 2 biji RM1



21 July 2009

Biskut Paling Laris - ALMOND ROCCHER

Tat berinti badam disalut coklat di hiasi coklat putih.

Sebotol 47 biji, harga RM25

Dapatkan biskut raya paling laris jualannya setiap tahun. Almond Roccher! tak rugi mencuba tak rugi membelinya. Biskut yang mendapat tempahan berulang-ulang kali. Tempah segera untuk dimakan sebelum raya dan semasa raya nanti. Mengikut pengalaman, ramai yg order utk makan sebelum raya sbb teramat sedap! Jadi order lebih utk RAYA nanti!.

p/s: Ada yang minat nak jual di ofis? Komisyen menanti! Call sy 019-774 6221

07 July 2009

Memerlukan Peniaga Bazar Ramadhan kawasan AU2, Setiawangsa, Wangsa Maju, Melawati, Setapak

Mini mix Cheesetart for Sale at Bazar Ramadhan

Saya memerlukan peniaga Bazar Ramadhan yang berminat untuk memasarkan MINI MIX CHEESETART saya. Bagi yang berminat sila hubungi saya di talian 019-774 6221.

Mini Mix Cheesetart ini adalah antara produk saya paling laris kerana rasa dan harga yang murah. Selain deko yang menarik perhatian pembeli.

Saya memerlukan peniaga sekitar kawasan berdekatan kediaman saya supaya proses penghantaran mudah dan cepat.

04 July 2009

TELEFON ku HILANG!!!!

Serious Attention Please !!!!

Barang paling penting saya HILANG!!! Handphone kesayangan saya hilang di rumah sendiri!.
SEDIH sangat nih, sbb nombor tu la orang dok contact nak order cheesetart. Saya amat yakin phone saya ada dirumah tp disorok ntah ke mana. Ni kerja anak2 saya la ni. Dorang ni suka sorok barang tp tak ingat mana dorang letak. He he, sy yang letak sepah2..hu hu pasni kena gantung handphone kat leher la.

So pada sape2 yang nak order please call nombor ni buat sementara waktu
IZZAH 019.774.6221


Our New Family Member


Ainul Kamila bt Ardi Putra
23 June 2009 - 8.12pm
3.61kg


Alhamdulillah, syukur saya selamat melahirkan anak ke 3. Seorang bayi perempuan yang cukup comel dan sihat. So bertambah la seorang lagi anak perempuan saya. Selang bunga orang kata. Yang sulung anak perempuan, yang kedua anak lelaki dan yang ketiga anak perempuan. Mak saya kata, lepas ni dpt anak lelaki pulak. Aduh, terrornya mak saya tilik, heheh petua orang tua tgk belahan kat peha anak yg baru lahir tu.Kalo satu belah je anak lelaki, kalo 2 belah anak pompuan. So far betul la tu.

Skang hari ke 11 sy menjalani pantang di rumah mak, rasa dah sihat sikit setelah berurut, bertungku, berbarut.Rasanya jahitan pon dah sembuh ckit.So tak lama lagi, sy pon nak start wat cheesetart (mak kasi kebenaran) khekehekh - boring la tak wat keje ni lama2.Income pon tak de hu hu hu.

Kamila (Yang Sempurna), senang di jaga. Bangun - susu - tido. Senangkan? Masa mengandungkan dia pon sy sangat cergas, pi sana sini, tak sakit belakang, tak kena kejang yg teruk, alahan pon sekejap je. Alhamdulillah, cuma masa nak bersalin je tempoh sakit yg sangat panjang.Sakit bersalin mula pada 22 Jun jam 3 petang tp sy bersalin esoknya 23 Jun jam 8.12 malam. Kalo orang pompuan, mmg faham la sakitnya macam mana.

So itulah cerita sy pasal bersalin kali ni. So tak lama lagi sy akan mula beroperasi.TUNGGU ye!!!

P/S: On hari sy nak bersalin ada org call sy nak wat tempahan cistat-kelakar pon ada sbb dia tak tahu sy nak bersalin, sedih sbb tak dpt nak wat kan.tp thanks a lot pada yg sudi order