14 June 2009

Menunggu Masa...19 June


Ainnur Bahiyah lahir 9 November 2004


Muhammad Khairin Haikal lahir 30 Sept 2006

Ramai tak tahu, sy sedang menunggu hari utk melahirkan bayi ke 3 saya. Insya-Allah 19 June tp doktor kata anytime from now on. Tp tarikh sebagai panduan je, Allah jua yang menentukan kelahirannya. Sy sebagai ibu menanti2 kelahiran ini. Saya rasa mengandung adalah satu keistimewaan yang Allah kurniakan kepada setiap wanita. Rugi rasanya kalo seorang wanita itu menolak untuk mengandung. Saya amat2 menyukai diri saya pabila mengandung. Tu sbb baby tak nak kuar awal kot.

Saya berterima kasih kepada anda yang ingin menempah cheesetart tp saya terpaksa menolak takut tak terbuat.Kiranya buat masa ni sy tutup sementara bisnes ini, utk memberi laluan masa berpantang. Sy akan beroperasi sekitar awal Ogos. Mudah-mudahan.

Doa kan saya selamat bersalin ye! Thanks

05 June 2009

Set Hantaran Cheesetart dan Fruitart



Set Hantaran

This is totally a challenge for me. Tp best jugak. Thank to my x-schoolmate yg percaya akan produk sy. My friend request utk jadikan hantaran for my cheesetart.So i suggest using this box dan hiasannya. So she agree. Today, i made it and tonight her majlis akad nikah. Well, Kiah selamat pengantin baru dan maaf tak dpt menghadirkan diri kerana keadaan ku yg sarat and anytime boleh bersalin...huhu..hope u like it.

p/s: Harga set masih samar2 heheeheh

02 June 2009

Anak yang Soleh


Baru nak mula sembahyang ni.Adik jadi Imam, tp tak tau baca apa.
Tp sembahyang satu rakaat je.Pastu kata dah sudah. Adoi!

Ada satu hari, otw hantar bahiyah ke Tadika, she asked one question "Ibu ,Allah tu apa?"...I'm shocked, ye lah tetiba je dia tanya, mesti dia pernah dengar somewhere. So aku pon menjelaskan siapa Allah, bagaimana Allah menjadikan manusia dan wujudnya Syurga dan Neraka. Ok, dia dengar dan faham.

Malam pulak, dia tanya " Ibu Syurga tu macam mana?"...ok, aku jawap Syurga tu tempat orang yang solat, mengaji, belajar dan orang yg baik mcm mendengar kata ibu bapa dan Neraka tempat orang di bakar sbb tak solat, tak mengaji dan orang yg jahat. Terus dia meraung...huhu terkejut gue. Apsal lak dia nangis, "Dia cakap, dia tak dengar cakap ibu"....huhu terharu aku dengar. Budak sekecil dia pandai imagine dan takut Neraka.

Puas pujuk dia, cakap dia anak yang baik, takkan masuk neraka sbb Ibu dah maafkan kesalahan dia.

Semoga anak2 ku menjadi hamba Allah yang soleh dan tetap pendirian di dalam agama Islam.