29 May 2009

Anak Make Up Ibu


Hasil solekan Bahiyah

Today kat Tadika Bahiyah ada sambutan Hari Ibu dan Anak, then ada satu aktiviti Anak Make Up Ibu. FYI, si Bahiyah ni tak nak balik KL.Nak dok kat Melaka. Then aku bagitau dia ada program Make Up Ibu, terus dia nak balik KL. Kat kampung pulak, mertua aku kata dia cari kunci keta, kunci motor nak balik KL sbb nak Make Up aku. kelakar tul anak aku ni.

Pastu Selasa aritu mertua aku anto dia balik KL, so Rabu malam aku pinjam make up adik aku sbb aku ni guna bedak dgn lipstik je. So malam Rabu tu jugak dia training dgn adik aku cara2 make up. Aku dengan mak jadi mangsa la. hahah. tp dia cekap jugak la make up.

Ada 12 peserta termasuk sorang budak laki ni nak make up mak dia.heehe...belasah je la. anak aku dgn coolnyer, solek aku.tu la hasilnya.

Semua peserta dpt hadiah, ala kang kalo sorang dpt yg lain tak dpt kan sedih.lagipon utk seronok2 je.

26 May 2009

Hati Seorang Ibu


Khairin & Bahiyah

Last week mak anto dua2 budak ni balik kampung, plan nyer hanya balik hari.tp tak sangka pulak adik2 ipar aku simpan dorang sampai seminggu.so merana la hati ku selama seminggu.kalo dorang ader asyik kena marah, ye la peringkat dorang ni mmg lasak. nak pulak aku tgh pegnen,mmg haru time dorang ni tak dengar kata. tp bila takde rindunya.

tp sib baik la teknologi skang canggih kan.dpt la aku ber'conference' dgn dorang kat kampung. lepas la rindu ku selama ini. dorang pulak cam tak kisah je aku takde, happy je.Bahiyah tu ponteng tadika seminggu.huhu..sib baik la nenek sedara tu cikgu dia kat tadika..kalo tak jenuh aku nak menjawab.

Arini, both kids balik KL, mertua aku anto.akan bermula la kepenatan melayan kerenah dua beradik yg tak leh berpisah nih. tp hatiku senang!!!

23 May 2009

Spell Message Cheesetart


Special Request

Customer satisfaction is my priority!...another request nak message atas cheesetart pulak. Anything can lah! 49pcs cheesetart = 1 box. Mesej Happy Birthday Mama!...request from my old friend from UUM dulu.

Terima kasih Sherry kerana memberi cabaran ini, heeheh....hope your mum will like it!

22 May 2009

Spell Message Cheesecake


Special Request

Arini terima order, nak mini cheesecake yang boleh tulis message. Aduh, first time ada request camni.tapi i terima dengan rela. Ku sahut cabaran!..ala bukan apa la sangat, sbb atas cupcake pon boleh buat inikan pula atas cheesecake. So customer ni order mini cheesecake oreo dan mesej nya You're 27! ....

From the feedback, she loves it so much.Thank you!!!! Hati ku senang .lalalala.....

16 May 2009

Kek Durian Lagi!!!



Kek Durian edisi special request

Al-kisahnya, ku menjaja kewujudan blog ni pada rakan2.Thanks for all the support, ada satu tulisan saya tulis pasal kek durian yang menjadi kegemaran ku. The only cake yang saya belajar ialah buat kek durian..hahaah...kek ni saya belajar secara eksklusif dengan moksu saya. Sebab teramat suka benor dgn rasa kek ni, so moksu saya pon malas nak wat kan untuk saya, so saya belajar dengan dia.

Untungnya belajar ni, bila rasa nak makan je...terus la cari bahan dan buat sendiri.Nak beli kat Secret Recipe tu mahal benor, pastu beli 1 slice je mana cukup, nak makan bukan untuk sendiri je, kena wat untuk 1 big family.

So one of my friend ni, katanya mengidam nak makan kek durian saya setelah membaca blog saya. Hehe sebulan yang lepas dia mintak baru arini saya buatkan, sorry ye my friend dok tangguhkan request you. Maklumlah produk yang satu ni banyak kerjanya pertama nak cari duriannya, la ni bukan musimnya jadi beli la yang paket tu 3peket RM10. 1 kilo =RM10, amboi mahal betul!

So setelah lama bertangguh, saya pon nak makan gak...heheh jadi ku buat 2 biji terus. Satu untuk si dia dan satu untuk saya.Satu benda yang paling saya takut nak wat kek ni ialah men'dekorasi' . Sbb tak belajar secara profesional jadi main belasah je. Tapi sbb dah banyak kali buat, maka tangan tu dah lembut sikit kot. This time my decoration almost perfect.hehehe

This is sms from my friend:

"Salam Izzah, busy ke? Kek awk sedap sgt!Anak & hubby sy pun suka..Thanks..Nnt awk decide la brp harga,peh awk bersalin nak tempah lg.hehe.."

p/s: Harga jual tak dapat nak decide heheh sebab first time jual kek! Takat cover cost je.Ada yg nak try lagi ke???

15 May 2009

Mesej dari CheesePassionate

Salam semua,

Terima Kasih tak terhingga kepada customer yg memberi sokongan dan tempahan2 yang tak putus2. Alhamdulillah, rezeki anak mungkin.

Izzah tidak dapat mengemaskini blog ini atas sebab sibuk dgn urusan kerja part time, anak dan bisnes cheese ini. Tapi izzah masih lagi menerima tempahan sehingga awal June.

Izzah dijangka bersalin pada 19 June (tp selalunya terlajak seminggu), jadi June mungkin sy akan menutup bisnes sementara dan kembali beroperasi sekitar Julai.

Buat masa ini, tempahan untuk bulan Mei - Ogos sudah ada. Insya-Allah izzah masih lagi mampu membuat cheesetart.

Sy harap anda dpt hubungi sy melalui sms atau direct phone @ 012-9315062. sbb notebook sy sedang di format.Tq to all of you.